Othman Desa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dato' Othman Desa (58 tahun) atau mesra dengan panggilan 'ManDes' adalah ahli politik UMNO dan pernah menjadi Setiausaha Politik Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau terpilih sebagai Presiden Kelab Setiausaha Politik dan mempunyai 72 ahli kelab termasuk Sabah dab Sarawak.[1] Buku tulisannya yang berjudul 'BN Tetap Pilihan Yang Terbaik' telah dilancarkan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 14 Februari 2008.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau peemegang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Tan Sri Abdul Hamid Othman , Menteri di Jabatan Perdana Menteri.Ketua Umno Bahagian Sik ketika itu ialah Tan Sri Abdul Hamid Othman. Perpindahan beliau dari Seberang Perai ke Kedah mendapat tentangan pemimpin UMNO Kedah.

Beliau pernah mewakili UMNO Pulau Pinang dalam Perhimpunan Agung UMNO 2000 (11-13 Mwi 2000) membincangkan isu agama . Beliau mengajak semua ahli UMNO bermuhasabah agar kesilapan diri sendiri dapat diperbaiki.[2]


Perdana Menteri Malaysia memilih beliau bertanding atas tiket BN/UMNO bagi Parlimen P 013 Sik, Kedah. Dalam tempoh 11 tahun, beliau kerap berulang-alik ke Sik kerana Abdul Hamid Othman menjadi ahli parlimen Sik. Saingan beliau ialah Che Uda Che Nik (PAS) dalam pertarungan satu lawan satu. Beliau hanya mendapat 16,383 undi Sementara Che Uda Che Nik mendapat 16,864 uundi. Calon PAS itu mendapat majoriti 505 undi. Gelombang Pakatan Rakyat/ PAS begitu kuat sehingga kerajaan negeri Kedah terpaksa diserahkan kepada Menteri Besar Kedah yang baru, Datuk Azizan Abdul Razak.[3] Penyandang parlimen Sik ialah Datuk Dr. Wan Azmi Wan Ariffin (BN) yang mendapat majoriti 319 undi.


Calon UMNO bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri , Datuk Hasbullah L.Isa kalah dan calon kerusi negeri Belantek ialah Tajuddin Isa menang.


Baginya Perdana Menteri , Abdullah Ahmad Badawi merupakan tokoh Islam yang memimpin Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) serta begitu bersungguh-sungguh memperjuangkan Islam Hadhari.BN Kepala Batas menyambut dengan tangan terbuka kesediaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bertanding di kerusi Kepala Batas.[4]

Hasil karya[sunting | sunting sumber]

  1. BN Tetap Pilihan Yang Terbaik - buku nota ringkas itu diedarkan secara percuma menerusi agensi penerangan UMNO ke seluruh negara.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kelab Setiausaha Politik sokong semua calon BN". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 2012-05-22.
  2. ^ Pembahas Perlihat Kesungguhan, Kelantangan[pautan mati kekal]
  3. ^ Othman sebati dengan masyarakat Sik[pautan mati kekal]
  4. ^ "Kelab Setiausaha Politik sokong semua calon BN". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 2012-05-22.